Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|
|
|
MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 & 4 |
|
Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 & 4 Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat telah berlangsung pada 17 Februari 2010 bertempat di Dewan Seri Mahkota. Seramai 270 pelajar baru tingkatan 1 dan 4 telah mendaftarkan diri di MRSM Batu Pahat. Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 3.00 petang. Taklimat telah diberikan oleh Pengetua MRSM Batu Pahat, Puan Hajah Norzan Binti Arkib di Dewan Seri Mahkota kepada ibu bapa yang hadir. Majlis Pendaftaran juga dihadiri oleh YDP Muafakat MRSM Batu Pahat Tn. Haji Ali Bin Alias.
|
|
|
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GERAK GEMILANG 2010 |
|
Pada tanggal 29 Januari 2010, PGG 210 MRSM Batu Pahat telah dilancarkan. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Tn. Haji Ali bin Alias, Yang diPertua Badan Muafakat MRSM Batu Pahat. Aturcara yang digarap telah dilaksanakan dengan meriah. Lafaz ikrar pelajar, guru dan staf mengambarkan aku janji dan taat setia semua pihak untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Dengan majlis pelancaran PGG ini, bermulalah catatan membilang hari peperiksaan PMR dan SPM dikira dari semasa ke semasa. Dengan sasaran GPS oleh setiap guru merupakan gambaran kejayaan anak didik yang dipeolehi pada keputusan PMR dan SPM 2010 nanti. Semoga usaha dan impian menjadi reality dan suatu yang hebat. Pastinya MRSM Batu Pahat akan menjadi JUARA.
Ucapan oleh Tn. Haji Ali bin Alias, Yang diPertua Badan Muafakat MRSM Batu Pahat
|
|
|
Majlis Restu Dan Solat Hajat |
|
Majlis Restu dan Solat Hajat MRSM Batu Pahat telah berlangsung pada 3 Oktober 2009 di surau Jannatul Firdaus MRSM Batu Pahat. Majlis disertai oleh para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM, Guru-guru serta Kakitangan bukan akademik MRSM Batu Pahat dan diserikan lagi oleh ibubapa pelajar serta beberapa tetamu jemputan yang lain. Majlis telah dimulakan dengan Solat Duha dan diikuti dengan Solat Hajat dan Bacaan Yasin oleh semua tetamu yang hadir.
|
|
|
Sambutan Bulan Kemerdekaan |
|
Sambutan Bulan Kemerdekaan MRSM Batu Pahat telah bermula pada 17 Ogos 2009. Beberapa aktiviti telah berlangsung seperti persembahan koir, drama dan lain-lain.
 Para pelajar membuat persembahan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2009 |
|
Minggu Aktiviti MRSM Batu Pahat telah berlangsung pada 2 hingga 7 Ogos 2009. Majlis telah dimulakan dengan pertunjukan Kapal Terbang Kawalan Jauh oleh ahli-ahli Singapore RCM pada 2 Ogos 2009. Seterusnya aktiviti sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti menarik dan menghiburkan juga turut berlangsung. |
|
|
|
|
MRSM BATU PAHAT
KM14, JALAN SIMPANG LIMA,
83000 BATU PAHAT,
JOHOR.
TEL:07-4102977
FAKS:07-4102545 |
|